BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 15, 2013

Sakit.

Selagi mana ada ilmu. Selagi mana ada sakit. Selagi itu ada aku. Seorang pelajar yang sakit mahu menuntut ilmu. Izinkan. Permudahkan. Tuhan tolong. Amin.

Monday, February 11, 2013

Tubuh.

Tubuh ini dah terlalu banyak rosak. Sakit. Berpenyakit.
Aku kira tak sesiapa sudi meninggalkan hidup lebih dia bersama aku.

Ada?.

Thursday, February 7, 2013

Tentang cinta 3133

Aku cuma manusia.
Tiada apa-apa kalau kau pilih aku, untuk tunjukkan pada dunia apa ada lebihnya aku.

Aku cuma minus dari setiap segi sisi hina tentang lebih.
Kerana aku cuma ada ditengah yang manis dan serdehana.

Dan,
Kalau sudi.

Silalah ambil hati ini. Aku tunggu. Hanya untuk kau curi dan bawa pergi.


Friday, February 1, 2013

Wahai pensyarah. Adakah kamu mengandung?

Seorang pensyarah kategori tengah umur. Nama diberi J. Sophie anak muda yang selalu keliru dan kabut tentang kehidupan. Merupakan pelajar yang sungguh buta it. Ouh ya, J pensyarah it.

Selalu sangat memandang ke perut J membuatkan Sophie keliru. Namun kali ini lain keliru itu di-iyakan saja sebagai suatu yang normal. Manakan tidak perut buncit J yang selalu mengenakan baju kurung corak bunga besar dan tudung sarung dirasakan sesuatu yang tiada mustahil bagi seorang yang berumur tengah. Hidup mungkin dah selalu bahagia bersama suami tercinta. Ahai. Fikir Sophie sedapkan jiwa.

Namun fikirannya itu rupanya penipuan belaka.

Ada satu hari. J tidak datang ke kelas. Masuk kali ini dah dua kali J tidak bilang pada ketua kelas dia tidak dapat datang ajar. Pelajar setia tunggu sampai minit ke 60 baru sibuk berambus. Ya, dah nama subjek it masa tunggu apalagi mainlah mukabuku dapat isi masa kosong baca quote Ustaz Azhar Idrus, tambah pahala tambah ilmu.

Tidak disitu berhenti. Sophie dengar J masuk hospital sebab medical check up. J mengandung. Ouh. J mengandung?. J pensyarah pertengahan umur perut buncit itu mengandung?. Maka selama ini perut bucit yang dilihat Sophie itu rupanya ada baby.

Risau pulak Sophie kagum pun ada. Bukan apa. Risau risiko kesihatan pertengahan umur wanita mengandung satu. Dua, kagum walaupun pertengahan umur masih bertenaga buat baby. Ah, rezekikan tuhan bagi. Ok, bulan lima nanti bakal ada manusia lahir dari perut J.

Thursday, January 31, 2013

Surat notis pemberitahuan.

Salam sayang,
Kenapa pembaca-pembaca blogspot ini. Kalau ada.

Aku tak tahu kenapa. Tapi aku telah mengambil satu keputusan yang paling tragis dalam sejarah penulisan aku di blogspot ini. Ya, baru lima minit tadi.
Aku amik keputusan. Aku padamkan semua post-post lama yang telah berhabuk, carca merba, dan tidak tentu arah. Semua aku padamkan.
Ya, kalau ada yang terasa kalau ada yang marah. Aku mintak maaf.

Yang aku lipat abadikan penulisan lama aku cuma dalam karya Adam dan Suri. Kamu boleh baca. Sebagai sisa lepas penulisan aku. Dan ouh ya. Jangan tanya kenapa karya lama itu saja yang masih ada. Anggap saja karya itu cuma bernasib baik diselamatkan tuhan dari  perbuatan kejam aku.

Pinjamkan kesetiaan 44 orang pengikut setia yang aku tahu terpapar di skrin pengikut blogspot ini waktu aku menulis ini.

Maka selepas ini. Blogspot ini akan tetap ada. Penulis yang sama. Alamat yang sama.

Aku sebagai penulis blogspot ini tidak menjanjikan apa-apa yang istimewa selepas ini.
Sekiranya kalian sudi, teruslah membaca blogspot ini.
Terima kasih.