BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 31, 2013

Surat notis pemberitahuan.

Salam sayang,
Kenapa pembaca-pembaca blogspot ini. Kalau ada.

Aku tak tahu kenapa. Tapi aku telah mengambil satu keputusan yang paling tragis dalam sejarah penulisan aku di blogspot ini. Ya, baru lima minit tadi.
Aku amik keputusan. Aku padamkan semua post-post lama yang telah berhabuk, carca merba, dan tidak tentu arah. Semua aku padamkan.
Ya, kalau ada yang terasa kalau ada yang marah. Aku mintak maaf.

Yang aku lipat abadikan penulisan lama aku cuma dalam karya Adam dan Suri. Kamu boleh baca. Sebagai sisa lepas penulisan aku. Dan ouh ya. Jangan tanya kenapa karya lama itu saja yang masih ada. Anggap saja karya itu cuma bernasib baik diselamatkan tuhan dari  perbuatan kejam aku.

Pinjamkan kesetiaan 44 orang pengikut setia yang aku tahu terpapar di skrin pengikut blogspot ini waktu aku menulis ini.

Maka selepas ini. Blogspot ini akan tetap ada. Penulis yang sama. Alamat yang sama.

Aku sebagai penulis blogspot ini tidak menjanjikan apa-apa yang istimewa selepas ini.
Sekiranya kalian sudi, teruslah membaca blogspot ini.
Terima kasih.



Sunday, June 3, 2012

Adam dan Suri

Adam mengepak tangannya diangkat lalu diselit di bahagian bawak leher berbaring landai di atas padang rumput dan padang ragut lembu polka dot atau lebih kurang corak splash coklat betul-betul dihadapan matanya. Posisi hidup teruna umur 30-an yang berbekalkan wajah teruna ala-ala 20-an kpop yang telah putus cinta untuk yang ketujuh kalinya. Hati meroyan bagai nak gila bila memikirkan si ibu di rumah sudah membuat missed call 20 kali banyaknya mahu menanyakan tentang bakal menantu suka makan budu yang selalu Adam ceritakan. Ah, tenung Adam memandang langit. Malam itu bintang berlegar macam palesit malam pula.
 ***
Adam pergi ke masjid. Dia tekad. Malam pertama terawih itu dengan idea gila mahu cari calon bini. Kata otak separa tak realistik dia. Mana-mana anak dara pakai baju warna merah akan jadi bini dia.

 ***
Kali ini dia  bersungguh. Badi apa lagi mahu timpa dalam fail kes bercinta dia mahu lupa. Ini malam pencarian cinta dia. Apa nak jadi. Jadi. Suri. Anak sunti dari bandar pulang ke kampung mahu jenguk atuk opah. Malam itu dipinjamnya baju kurung kosong opah warna merah. 

***
Adam lekas nampak lalu buat-buat gaya selamba pergi terus tanya Suri. " Awak nak kahwin dengan saya tak". Suri terperanjat. " Ok, saya sudi" balas Suri perempuan berspesis tak berapa nak stabil kejadah.  Suri rela kahwin awal nak bagi atuk opah rasa dapat cucu awal bahagia. Dah memang itu hajat mereka. Peluang bertandang takkan dilepaskan begitu saja. Muka boleh tahan tengok kasut crocs walaupun tak dapat dipastikan ketulenan originaliti. Ini peluang make family cara halal.Cekup saja.

***
Hari pertama solat terawih jumpa di masjid. Sekarang dah sepuluh tahun masa berlepas. Empat orang anak Adam dan Suri dapat. Tarikh luput tak ada pula tanda-tanda. 2 lelaki 2 perempuan. Sepasang kembar. Hidup mereka bahagia. Opah dan atuk sempat jua merasa lihat cucu sulung mereka.  
 ***
Dan ya cinta itu memang kadangkala gila. Selagi kau percaya pada janji tuhan selagi itu kau takkan jadi gila.